Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi dan membincangkan tekanan stres yang dihadapi oleh guru, punca stres di tempat kerja, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menengani tekanan stres. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental.
Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kemmenterian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diuturakan sebagai punca kemerosotan pretasi pelajaran. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan peradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.
Selain itu, bab ini juga menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak Sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan