TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus dalam kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus dalam kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus dalam kalangan dewasa. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan. Gangguan atau tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan.  Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

ambil dari youtube

PUNCA GANGGUAN EMOSI

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, antara faktor yang ketara ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.
        Guru sering menghadapi masalah dengan murid-murid yang menunjukkan sifat kurang matang, tidak suka berhubung dengan orang lain, mempunyai kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berani menyuarakan pendapat atau pendangan. Masalah-masalah ini berkemungkinan disebabkan mereka mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri sendiri serta tidak berkeupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
      Faktor keluarga dan pengaruh persekitaran dikatakan punca murid-murid bertingkah laku agresif. Hal ini disebabkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
         Begitu juga dengan rakan sebaya atau persekitaran yang banyak mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang murid. Misalnya suka bergaduh, membuli, merosakkan harta benda, mengugut dan lain-lain. Hal ini akan memberikan kesan kepada kesabaran seseorang guru. Oleh yang demikian, adalah perlu seseorang guru itu memahami serta mengetahui keperluan murid yang sedemikian.


LANGKAH-LANGKAH DALAM MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

  • khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya 
  • Kerjasama daripada ibubapa
  • Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian
  • Didedahkan dengan pengurusan emosi
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan